Followers

Friday, March 9, 2012

Permainan Online 4 - Math Playground.

Math Playground.(http://www.mathplayground.com/games.html)


Web ini menyediakan permainan yang berunsurkan pendidikan iaitu lebih menumpukan kepada Matematik.Kebanyakan permainan dalam web ini sesuai dengan kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas.

KEBAIKAN.

  • Dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran mengira.
  • Membantu perkembangan emosi dan intelek kanak-kanak.
  • Permainan yang menarik dan kreatif dari sudut pembelajaran seperti menggunakan kartun untuk menarik minat kanak-kanak.
KEBURUKAN.

  • Hanya bersesuaian dengan kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.
  • Tidak membantu dalam meningkatkan perkembangan jasmani,rohani dan sosial kanak-kanak.

Permainan Online 3 - Bob The Builder.


 Bob The Builder.(http://www.bobthebuilder.com/row/main.html)


Web ini kebanyakannya mempunyai unsur akademik dan ia menyediakan pelbagai jenis permainan yang dapat membantu perkembangan emosi,intelek dan kreativiti kanak-kanak.Antaranya ialah mengeja,mewarna dan menyusun teka-teki membentuk sesuatu gambar.Ia sangat mudah dan menarik serta sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas.Terdapat kebaikan dan keburukan yang akan diperolehi kanak-kanak.

KEBAIKAN.
  • Permainan ini mudah untuk dilaksanakan.
  • Ia sangat menarik dan berwarna-warni.Kanak-kanak akan lebih tertarik.
  • Permainan ini dapat membantu perkembangan intelek,emosi dan kreativiti kanak-kanak.
KEBURUKAN.
  • Permainan ini melalaikan kerana ia mudah dilaksanakan dan menarik perhatian kanak-kanak.

Permainan Online 2-Moshi Monster.

Moshi Monster.(http://www.moshimonsters.com)


Permainan ini adalah Moshi Monsters.Bagi yang ingin bermain permainan ini,harus mendaftar dahulu dan ia percuma.Pemainan ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai karakter yang comel dan berwarna warni.Selain itu,terdapat banyak permainan lain di dalam permainan ini dan ia terletak di peta iaitu di Moshi Fun Park.Antara permainan tersebut ialah Home Sheep Home,Rotobo,Kid Bike dan Chickaboom.Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan ia memerlukan panduan daripada orang dewasa.Terdapat kebaikan dan keburukan yang akan diperolehi kanak-kanak yang bermain permainan ini.

CARA BERMAIN.

  • Pertama sekali,kanak-kanak haruslah mendaftar dahulu.Pendaftaran haruslah menggunakan e-mail.Orang dewasa berperanan membantu kanak-kanak.
  • Selepas mendaftar,lakukan arahan yang telah diberitahu.
  • Kanak-kanak perlu memelihara haiwan tersebut di samping mengembara dan meneroka permainan ini.

KEBAIKAN.

  • Permainan ini dapat membantu kanak-kanak memupuk kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
  • Permainan ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan daya imaginasi dan kreatif mereka.
  • Permainan ini lebih menggunakan bahasa Inggeris dan ia dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.
  • Terdapat pelbagai permainan di dalam permainan ini seperti teka-teki,mengira dan sebagainya.Ia akan membantu perkembangan emosi,bahasa,intelek,rohani dan kreatif kanak-kanak.
KEBURUKAN.

  • Kanak-kanak perlu mengklik banyak bahagian untuk meneroka dan mengetahui langkah seterusnya.Perkara ini mungkin akan menyebabkan kanak-kanak keliru.
  • Permainan ini memerlukan masa yang sangat lama untuk menyelesaikannya dan ia akan menyebabkan kanak-kanak mudah lalai.
  • Cara permainan ini agak rumit untuk diselesaikan.Panduan daripada orang dewasa amat diperlukan.
  • Kanak-kanak akan kurang bersosial dengan orang lain.

Permainan Online 1- Help Tumtum Find His Spaceship.

Help tumtum find his spaceship(http://www.ziggityzoom.com/games/help-tumtum-find-his-spaceship)





Permainan ini merupakan permainan yang terdapat dalam ziggityzoom. permainan ini bukan bercirikan pendidikan tetapi permainan ini mempunyai kebaikan yang sama dengan permainan yang bercirikan pendidikan.

Cara main

  • Kanak-kanak harus menekan anak panah yang seperti ditunjukkan dalam gambar di atas. 
  • Anak panah tersebut mesti ditekan dengan betul untuk menggerakkan tumtum tersebut. jika salah tekan maka arah tersebut akan bertukar mengikut anak panah yang ditekan.
  • Tumtum meti ditekan dengan baik jangan biarkan tumtum terkena pagar sesat. tumtum tidak akan bergerak jika terlanggar pagar sesat.
  • Selepas itu fikirkan cara untuk mencari kapal angkasa Tumtum.

Kami merasakan permainan ini sesuai dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun keatas kerana mereka tahu strategi untuk mencari kapal angkasa bagi Tumtum.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Antara kebaikan permainan ini ialah:

  •  Kemahiran motor halus mereka sudah berkembang dengan baik dan  mustahil jika kanak-kanak tidak dapat menekan anak panah dengan betul. 
  • Kanak-kanak akan merasa gembira kerana permainan ini merupakan permainan  bebas dan tidak terikat dengan pendidikan.
  • Permainan ini tidak melemahkan semangat kanak-kanak untuk bermain. Contohnya, tiada perkataan 'YOU FAILED'.
  • Pagar sesat Tumtum ini tidak susah untuk kanak-kanak meneka jalan mana yang hendak dilalui

Antara keburukan pemainan ini:

  • Ibu bapa perlu pantau sekerap mungkin kerana permainan ini boleh membuat kanak-kanak leka.
  • Arah jalan pagar sesat kemungkinan sama sahaja.
  • Permainan ini tidak menggalakkan kanak-kanak bersosial. Contohnya seorang kanak-kanak pun mampu menyelesaikan pagar sesat ini untuk mencari kapal angkasa Tumtum.










Wednesday, March 7, 2012

Definisi ICT.

DEFINISI ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology’ yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh diiktiraf sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat.


Teknologi Maklumat(Information Technology)

Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melndungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat mengggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem datelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.


Definisi maklumat.

Menurut Paisley dan Chen (1982), dipetik daripada Brown (1997) ‘Information can be defined both structurally functionally. Structurally is a system on encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated. Functionally is a something that alters a person’s cognitive organisation’. Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberikan kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.  


Definisi komunikasi.

Komunikasi pula dirujuk sebagai ‘The Interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people’s understanding and knowledge (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information) manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf dan lain-lain.

Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang bermaksud ‘sangat jauh’. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak yang jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrif sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai betuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi pula membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas dalam waktu yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global.


Perkembangan Ict

Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman. Peringkat penyebaran meklumat adalah seperti berikut.

Peringkat pertama:
Maklumat dipindah dari seseorang kepada seseorang secara lisan. Dalam keadaan tertentu, lakaran atau lukisan dan binaan fizikal digunakan. Contohnya di Malaysia, beduk atau kntung dipalu untuk memberitahu penduduk sebuah kawasan mengenai waktu solat atau kematian di kawasan tersebut.

Peringkat kedua:
Maklumat dipindahkan dengan menulis atau melakar pada tanah liat, daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain menggunakan perantaraan haiwan atau manusia. Contohnya, burung merpati digunakan untuk menghantar mesej.

Peringkat ketiga:
Penciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat disebarkan kepada orang ramai di pelbagai tempat dengan kos yang murah. Teknologi percetakan memberi impak kepada pembangunan masyarakat terutamanya di Negara Barat.

Peringkat keempat:
Telekomunikasi di England bermula dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone (Low 2000). Ketika itu, telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan hanya digunakan oleh industri tertentu seperti pasaran saham, akhbar dan tentera. Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1875. Teknologi komunikasi terus berkembanga dengan pesat. Penggunaan media elektronik seperti tetuang udara (radio), televisyen dan telefon berjaa mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi digubal untuk meentukan kos penyimpanan dan pemindahan meklumat secara elektronik. Pada peringkat ini kebanyakan maklumat elektronik (kecuali telefon) memindahkan atau memancarkan maklumat secara satu hala sahaja. Maklumat ini terletak pada tangan para penyiar, wartawan dan juga para pengiklan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam.

Peringkat kelima:
Teknologi media elektronik dan komputer  digital bergabung untuk membentuk komunikasi komputer. Teknologi gabungan ini berjaya menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos. Dapat dirumuskan bahawa pembangunan teknologi maklumat berjaya mengubah hubungan antara tiga dimensi iaitu masa (kepantasan menghantar aau menerima maklumat), ruang (berapa jarak jauh yang boleh anda hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu) dan kos (berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima maklumat).

Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:

Teknologi sensing:
la yang membantu pengumpulan data. Contohnya pengibas imej, pembaca kod palang dan sensor. Teknologi sensing membantu anda melihat, menggambar dan mengumpul maklumat dari persekitaran.

Teknologi komunikasi:
Teknologi komunikasi menjalinkan sensing, analisis dan teknologi paparan. Contohnya, faksimili, telefon selular, rangakaian komputer dan modem.

Teknologi analisis:
Komputer mangambil data dari sensing dan komunikasi. Data ni disimpan dan diproses untuk memperoleh maklumat yang berguna. Contohnya, perkakasan dan perisian komputer.

Teknologi paparan:
Alat dan perisian yang membolehkan data yang diproses sampai kepada pengguna sama ada melalui penglihatan atau suara. Teknologi paparan membentuk antara muka atau menjadi penghubung diantara sensing, komunikasi san teknologi analisis. Contohnya, LCD, pencetak dan lain-lain.


Kepentingan ICT

*   Untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer, ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan penggerak.

*   Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

* Untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
.

Tuesday, March 6, 2012

ICT dan Kanak-kanak.


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pengenalan

      Tidak dinafikan bahawa teknologi komputer boleh menjadi wadah utama perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia mampu menjadikan proses pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak lebih menarik, meluas dan mengagumkan.

Bagaimanapun, antara isu utama yang sentiasa menjadi agenda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah dari segi keberkesanan pembelajaran berbantukan elemen multimedia.
Penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak dalam sessi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian dapat membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap seseorang kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk awal kanak-kanak tidak boleh terlalu berat dan ia haruslah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut.

PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Selain penggunaan ICT untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pembelajaran untuk awal kanak-kanak juga terus digalakkan. Pada mulanya, penggunaan ICT ini mendapat pandangan negatif dari para pendidik kerana mereka bimbang penggunaan ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak tersebut. Kerana perkembangan semasa, pandangan para pendidik telah berubah kerana mereka sudah mula memikirkan akan kelebihan penggunaan ICT.
Penggunaan bahan ICT agak terkenal di negara-negara barat dan keberkesanannya amat maju. Aktiviti seperti nyanyian, menggabungkan pembelajaran dengan menggunakan sofware atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Mereka juga boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001).


Net Smartz Kids.

Net Smartz Kids.

Net Smartz Kids adalah web di mana kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dan menonton video kanak-kanak.Web ini tidak mempunyai banyak kategori.Namun di dalam setiap kategori itu terdapat pelbagai bahagian yang boleh diterokai kanak-kanak.Kategori yang ada ialah :

  1. Club UYN - Kategori ini mengandungi aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seperti aktiviti menggunting,mewarna dan menghasilkan kad.
  2. Video - Kategori ini menyediakan video cerita kanak-kanak yang menarik untuk ditonton.
  3. Permainan - Terdapat pelbagai permainan yang mencabar telah disediakan.Antaranya seperti permainan lorong,NetSmartz Agen dan padankan teka-teki.

Kebaikan.

  1. Terdapat bahagian yang boleh diprint. - Di dalam web ini,telah disediakan bahagian yang boleh diprint bagi memberikan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang telah disediakan.
  2. Berwarna-warni. - Web ini berwarna-warni.Ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk meneroka dan mencuba segala yang terdapat dalam web.
  3. Menyediakan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan. - Dalam web ini,kanak-kanak boleh mengembangkan kemahiran yang ada seperti koordinasi mata dan tangan.Contoh aktiviti yang disediakan adalah menggunting kertas.
  4. Terdapat pelbagai cerita yang menarik. - Cerita yang disediakan dapat menarik minat kanak-kanak,kerana ia berunsurkan sains fiksyen.
  5. Terdapat pelbagai jenis permainan. - Permainana yang telah disediakan adalah mewarna,permainan pengembaraan dan menyepadankan teka-teki.
Keburukan.
  1. Tidak banyak aktiviti yang berunsurkan pendidikan. - Terdapat banyak aktiviti dan pengisian yang berundurkan hiburan.
  2. Terdapat banyak bahagian. - Kanak-kanak perlu klik pelbagai tempat untuk lihat pengisian yang terdapat dalam setiap bahagian.
  3. Tidak banyak aktiviti melibatkan perkembangan sosial. - Kebanyakan aktiviti hanya memerlukan seorang kanak-kanak untuk melakukannya,contohnya seperti permainan pengembaraan.
  4. Ruang permainan kecil. - Ruang permainan sangat kecil menyebabkan kanak-kanak akan berasa bosan kerana ruang tidak memenuhi skrin serta tidak menimbulkan rasa teruja kepada kanak-kanak.
  5. Menu sedikit. - Menu yang disediakan adalah sedikit.Antara menu yang penting ialah,video dan permainan.Selebihnya ialah e-mail,tentang diri kartun dan barangan percuma.

PBS Kids

PBS Kids.


Ayuh kita bersama-sama mengenali laman web ini. PBS Kids adalah satu rangkaian televisyen yang berasingan. PBS Kids diasaskan pada tahu 1999 dan disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur 3 hingga 8 tahun. Selama enam tahun, sebahagian besar siaran PBS Kids ini dibiayai oleh DIRECTV. Setelah pada itu, siaran ini tidak lagi disiarkan bermula 26 September 2005. Di dalam laman PBS Kids, terdapat lagi dua laman yang berkaitan iaitu PBS Kids Go! dan PBS Kids Preschool Block.

Berikut merupakan program-program PBS Kids yang sedang bersiaran di stesen televisyen PBS dan dalam talian (online).

§  Angelina Ballerina: The Next Steps (2009–present)
§  Arthur (1996–present)
§  Barney & Friends (1992–present; )
§  Curious George (2006–present)
§  Dinosaur Train (2009–present)
§  Fizzy's Lunch Lab (online only)
§  Franny's Feet (2006–present)
§  Mama Mirabelle's Home Movies (2006–present)
§  Martha Speaks (2008–present)
§  Sesame Street (1969–present)
§  Sid the Science Kid (2008–present)
§  Super Why! (2007–present)
§  Thomas and Friends (1984–present)
§  WordGirl (2007–present)
§  WordWorld (2007–present)
§  The Electric Company (2009–present)

Jom kita meneroka PBS Kids!


PBS Kids mempunyai banyak aktiviti yang menarik minat kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat umur yang disasarkan. Untuk menu, Laman PBS Kids banyak menggunakan bunyi dan gambar berbanding tulisan. Kanak-kanak akan lebih tertarik dengan pendekatan yang digunakan. Gambar-gambar karton digunakan adalah bagi menarik minat kanak-kanak untuk meneroka laman ini. Begitu juga dengan bunyi yang digunakan. Bunyi akan kedengaran jika kanak-kanak halakan tetikus pada gambar tersebut. kanak-kanak akan selalu halakan tetikus pada gambar untuk mendengar bunyi yang dihasilkan.

MENU

Menu yang terdapat dalam laman ini adalah:-
1.       1.   butang ini adalah untuk kembali ke laman utama.







2.  Ketiga-tiga butang ini mempunyai kandungan yang lebih kurang sama.

                                                                                                                                                          
                         


       Senarai kandungan yang terdapat dalam gambar yang pertama ialah :-

Untuk gambar yang kedua:-

                                                                                                                     
Dan gambar yang terakhir:-

            














Apa yang ada dalam kandungan-kandungan tersebut??
Ok,,dibawah ada menunjukkan satu per satu kandungannya tetapi bukan semua menu. Menu yang dipilih ialah menu kedua, iaitu Sesame Street!

                     
Kandungan yang terdapat dalam menu ini adalah Games, Videos, Printables, E-cards dan Fairy Treasure Hunt.
                       i.            Games

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang menarik, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. contohnya, Telly’s Shape Garden. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak boleh mengenal bentuk-bentuk asas seperti segi empat, segi tiga dan bulat. Kanak-kanak juga akan diminta mengikut arahan untuk menanam biji benih menyiram pokok. Kanak-kanak akan ditrangkan mengenai bentuk-bentuk tersebut.

                      ii.            Videos

Di sini kamu akan jumpa beberapa video pendek untuk tontonan. Video-video ini sesuai untuk kanak-kanak yang baru ingin mula mengenal bahasa, jenis-jenis bentuk, dan lain-lain lagi.

                    iii.            Printables

Dalam Printables, terdapat lagi 3 bahagian iaitu coloring pages, bookmarks dan activities. Ketiga-tiga bahagian ini adalah untuk dicetak.
Contoh coloring pages:-

Dalam coloring pages, terdapat bermacam-macam jenis gambar untuk diwarnakan. Ada juga gambar yang memerlukan kanak-kanak untuk menyambungkan titik-titik dan seterusnya mewarna gambar tersebut.

Contoh Bookmarks:-
 Kata-kata dalam bookmarks ini sangat bagus untuk simpanan kanak-kanak.

Contoh Activities:-
Untuk bahagian Activities pula, banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan bagus untuk kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat dalam bahagian ini ialah aktiviti menggunting, aktiviti melukis dan banyak lagi.

                   iv.            E-cards

Dalam bahagian ini, kanak-kanak dapat belajar cara-cara untuk membuat kad ucapan. Dalam E-cards ini terdapat 5 bahagian iaitu Occasion, art, greeting, background dan send. Occasion disediakan untuk memilih tema bagi kad ucapan. Art pula disediakan untuk kanak-kanak memilih gambar yang sesuai untuk diletakkan dalam kad ucapan.


Setelah selesai memilih gambar, kanak-kanak diminta untuk memilih kata-kata ucapan.


Setelah itu, kanak-kanak akan memilih latar belakang yang sesuai.


Setelah selesai memilih latar belakang, kanak-kanak akan diminta untuk menekan butang send.

Selesai!

                     v.            Fairy Treasure Hunt

Laman ini disediakan untuk kanak-kanak mencari barang yang tersembunyi.

3      3.  Butang ini disediakan untuk kanak-kanak melihat video-video yang disediakan.



4   4.  Butang ini pula disediakan untuk kanak-kanak memilih permainan untuk bermain. 
         Contoh  permainan yang terdapat ialah puzzle dan sebagainya.




5.  All Show. Butang ini adalah untuk siaran kanak-kanak.
jika kanak-kanak halakan tetikus pada gambar Barney seperti dalam gambar diatas, bunyi yang akan kedengaran adalah “Barney and Friends”. Begitu juga dengan gambar-gambar yang lain.

     6.  Go! merupakan butang untuk more videos and games.

Kanak-kanak klik butang Go! apabila ingin bermain lebih banyak permainan atau untuk menonton video-video yang lain.

                
Untuk lebih memahami PBS Kids, sila layari laman web yang berkenaan.


KEBAIKAN
  • Mempunyai banyak gambar-gambar yang menarik.
  • Dapat membantu perkembangan literasi kanak-kanak dengan bunyi menarik yang terdapat dalam laman ini.
  • Sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak mempunyai banyak tulisan yang hanya dapat membosankan kanak-kanak. Dengan adanya banyak gambar-gambar menarik, kanak-kanak lebih gembira dan berminat.
  • Boleh mencetak aktiviti-aktiviti yang diminati.
  • Terdapat siaran-siaran televisyen dan dalam talian (online) yang berfaedah dan berguna kepada kanak-kanak.
  • Aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak


KEBURUKAN
  • Kanak-kanak akan keliru kerana terlalu banyak gambar.
  • Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik, kanak-kanak akan lebih tertumpu pada komputer dan akan kurang bersosial.
  • Gambar aktiviti kurang jelas.