Followers

~~sudut sains~~

Pengenalan
Menurut Lee Shok Mee (1994,) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi.
Dalam pendidikan sains prasekolah , guru-guru perlu mencari kaedah yang mudah dan paling sesuai iaitu dengan menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Ini adalah untuk memudahkan guru menyampaikan maklumat apa yang perlu dan kanak-kanak dapat menerima maklumat tersebut melalui cara yang lebih praktikal dan mudah difahami.
Contohnya menggunakan alat bantu mengajar (ABM) ketika mengajar, menggunakan video dan audio dan membawa bahan-bahan sebenar untuk ditunjukkan kepada kanak-kanak. Bagi aktiviti misalnya guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur bongkah mengikut warna dan menamakan warna itu dan memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru (Shahizan & Ahmad Shahabudin, 2006).
Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan. Berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran.
Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.

Antara web – web sains yang menarik:-
- Web ini mengandungi cara – cara untuk mengajar sains ataupun memperkenalkan sains kepada kanak – kanak. Terdapat pelbagai contoh soalan yang sering ditanyakan oleh kanak – kanak serta jawapan. Web ini juga memberikan lembaran kerja atau latihan secara percuma!!!

- Web ini mengandungi pelbagai info berkaitan Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris. Ruang ini mengandungi 30 topik sains yang meliputi segalanya dari topik tumbuhan dan angkasa. Bukan itu sahaja, web ini mempunyai permainan sains, fakta, projek, video, kuiz, pengajaran dan imej – imej berkaitan topik pilihan.

- Web ini mengandungi hampir semua maklumat. Ia mempunyai lebih dari 40 topik. Setiap topik berkaitan dengan Pendidikan Seni, Permainan, Sains dan Teknologi, Matematik, Pembelajaran Sosial dan topik untuk ibu bapa dan guru. Setiap topik ada permainan dan lagu. Web ini juga mengandungi gambar – gambar yang menarik.
 

1 comment:

  1. Assalamualaikum..Mohon war-warkan bahawa Seminar Sains Prasekolah akan bermula.
    Early Childhood Science Seminar 2015.
    Venue : Faculty Of Education, Universiti Malaya
    Date : 27th June 2015
    Suitable For Teachers To Enhance Science Teaching.
    Certificate Provided In Collabration with Universiti Pendidikan Sultan Idris and NCDRC.
    We Train Hands-on Science Seminar using 5E Instructional Model.
    Science Process Skills and Inquiry Based Learning.
    Conduct by Professional Trainers.
    Mr. John Ooi (Chairman of Kiddo's Science World)
    Prof. Dr. Sopia Md. Yassin (Director of NCDRC)
    Call 019-2778415 (Firdaus) 019-3845864 (Amira) now before 15/06/2015 for a special Discount or email to ks_intellectual@yahoo.com.my or www.facebook.com/ksintellectual
    Thank you

    ReplyDelete