PBS Kids.
Ayuh kita bersama-sama mengenali laman web ini. PBS
Kids adalah satu rangkaian televisyen yang berasingan. PBS Kids diasaskan pada
tahu 1999 dan disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur 3 hingga 8 tahun. Selama
enam tahun, sebahagian besar siaran PBS Kids ini dibiayai oleh DIRECTV. Setelah
pada itu, siaran ini tidak lagi disiarkan bermula 26 September 2005. Di dalam
laman PBS Kids, terdapat lagi dua laman yang berkaitan iaitu PBS Kids Go! dan
PBS Kids Preschool Block.
Berikut merupakan program-program PBS Kids yang
sedang bersiaran di stesen televisyen PBS dan dalam talian (online).
§
Fizzy's Lunch
Lab (online only)
Jom kita meneroka PBS Kids!
PBS Kids mempunyai banyak aktiviti yang menarik
minat kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat umur yang disasarkan. Untuk menu,
Laman PBS Kids banyak menggunakan bunyi dan gambar berbanding tulisan. Kanak-kanak
akan lebih tertarik dengan pendekatan yang digunakan. Gambar-gambar karton digunakan
adalah bagi menarik minat kanak-kanak untuk meneroka laman ini. Begitu juga
dengan bunyi yang digunakan. Bunyi akan kedengaran jika kanak-kanak halakan
tetikus pada gambar tersebut. kanak-kanak akan selalu halakan tetikus pada
gambar untuk mendengar bunyi yang dihasilkan.
MENU
Menu yang terdapat dalam laman ini adalah:-
1. 1. butang ini
adalah untuk kembali ke laman utama.
2. Ketiga-tiga butang ini mempunyai kandungan
yang lebih kurang sama.
Senarai kandungan yang terdapat dalam gambar
yang pertama ialah :-
Untuk
gambar yang kedua:-
Dan gambar
yang terakhir:-
Apa yang ada dalam
kandungan-kandungan tersebut??
Ok,,dibawah
ada menunjukkan satu per satu kandungannya tetapi bukan semua menu. Menu yang
dipilih ialah menu kedua, iaitu Sesame Street!
Kandungan
yang terdapat dalam menu ini adalah Games, Videos, Printables, E-cards dan
Fairy Treasure Hunt.
i.
Games
Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang menarik,
sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. contohnya, Telly’s Shape Garden. Dalam aktiviti
ini, kanak-kanak boleh mengenal bentuk-bentuk asas seperti segi empat, segi tiga
dan bulat. Kanak-kanak juga akan diminta mengikut arahan untuk menanam biji
benih menyiram pokok. Kanak-kanak akan ditrangkan mengenai bentuk-bentuk
tersebut.
ii.
Videos
Di sini kamu akan
jumpa beberapa video pendek untuk tontonan. Video-video ini sesuai untuk kanak-kanak
yang baru ingin mula mengenal bahasa, jenis-jenis bentuk, dan lain-lain lagi.
iii.
Printables
Dalam Printables, terdapat lagi 3 bahagian iaitu
coloring pages, bookmarks dan activities. Ketiga-tiga bahagian ini adalah untuk
dicetak.
Contoh coloring pages:-
Dalam coloring pages, terdapat bermacam-macam
jenis gambar untuk diwarnakan. Ada juga gambar yang memerlukan kanak-kanak untuk
menyambungkan titik-titik dan seterusnya mewarna gambar tersebut.
Contoh Bookmarks:-
Kata-kata
dalam bookmarks ini sangat bagus untuk simpanan kanak-kanak.
Contoh Activities:-
Untuk bahagian Activities pula, banyak
aktiviti-aktiviti yang menarik dan bagus untuk kanak-kanak. Antara aktiviti
yang terdapat dalam bahagian ini ialah aktiviti menggunting, aktiviti melukis
dan banyak lagi.
iv.
E-cards
Dalam bahagian ini, kanak-kanak dapat belajar
cara-cara untuk membuat kad ucapan. Dalam E-cards ini terdapat 5 bahagian iaitu
Occasion, art, greeting, background dan send. Occasion disediakan untuk memilih
tema bagi kad ucapan. Art pula disediakan untuk kanak-kanak memilih gambar yang
sesuai untuk diletakkan dalam kad ucapan.
Setelah selesai memilih gambar, kanak-kanak
diminta untuk memilih kata-kata ucapan.
Setelah itu, kanak-kanak akan memilih latar
belakang yang sesuai.
Setelah selesai memilih latar belakang,
kanak-kanak akan diminta untuk menekan butang send.
Selesai!
v.
Fairy Treasure Hunt
Laman ini
disediakan untuk kanak-kanak mencari barang yang tersembunyi.
3 3. Butang ini disediakan untuk
kanak-kanak melihat video-video yang disediakan.
4 4. Butang ini pula disediakan untuk kanak-kanak
memilih permainan untuk bermain.
Contoh permainan yang terdapat ialah puzzle
dan sebagainya.
5. All
Show. Butang ini adalah untuk siaran kanak-kanak.
jika kanak-kanak halakan tetikus
pada gambar Barney seperti dalam gambar diatas, bunyi yang akan kedengaran
adalah “Barney and Friends”. Begitu juga dengan gambar-gambar yang lain.
6. Go!
merupakan butang untuk more videos and games.
Kanak-kanak klik butang Go!
apabila ingin bermain lebih banyak permainan atau untuk menonton video-video
yang lain.
Untuk lebih memahami PBS Kids, sila layari laman web yang berkenaan.
KEBAIKAN
- Mempunyai banyak gambar-gambar yang menarik.
- Dapat membantu perkembangan literasi kanak-kanak
dengan bunyi menarik yang terdapat dalam laman ini.
- Sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak mempunyai
banyak tulisan yang hanya dapat membosankan kanak-kanak. Dengan adanya banyak
gambar-gambar menarik, kanak-kanak lebih gembira dan berminat.
- Boleh mencetak aktiviti-aktiviti yang diminati.
- Terdapat siaran-siaran televisyen dan dalam
talian (online) yang berfaedah dan berguna kepada kanak-kanak.
- Aktiviti yang sesuai dengan perkembangan
kanak-kanak
KEBURUKAN
- Kanak-kanak akan keliru kerana terlalu banyak
gambar.
- Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik,
kanak-kanak akan lebih tertumpu pada komputer dan akan kurang bersosial.
- Gambar aktiviti kurang jelas.