Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan
adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia
tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada
keluarga.
Minat membaca
kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan
suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang
menarik. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18
bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara
beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi
penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya
dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini
boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan
penggunaannya.
Apabila
kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam
peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut
para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan
menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi,
sosial dan bahasa.
Period yang
paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah
0 hingga 3 tahun.
Ibu bapa atau guru
yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
· Umur 1
½ hingga 3 tahun adalah
peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak
yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih
banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
· Semasa
membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak
dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3
tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses
pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
· Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2
hingga 3 tahun kerana
mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan
perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau
“Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun
bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah
menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Kanak-kanak belajar
membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham
membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya
ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti
mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan
perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
MASALAH YANG MENGHALANG MINAT MEMBACA KANAK-KANAK
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang
dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah
rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan
salah satunya kerana lemah keupayaan membaca.
Antara masalah yang sering membantutkan proses
pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
- Tidak dapat
membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang
dilihat.
- Tidak dapat
mengingat ciri dan atribut huruf.
- Tidak dapat
mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan
perkataan.
- Pengamatan
penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
- Tidak dapat
membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung
dengan sebutan.
- Keliru dengan huruf
seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
- Tidak dapat bezakan
simbol-simbol huruf.
- Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
KESAN TIDAK TAHU MEMBACA
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah
mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan
berjaya dalam hidup.
Pengaruhi
minat belajar.
Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa
rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak
yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri
dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga
sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang
lain.
Tidak
mahu belajar.
Bagi mata pelajaran yang
sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan.
Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata
pelajaran.
Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata
pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang
keseronokan. Apa yang berlaku,
kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
Kurang
motivasi dan semangat berlumba-lumba.
Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan
untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu
bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat
dipulihkan kembali. Tidak memahami tahap-tahap
pengajaran bahasa yang betul.
MEMBANTU KANAK-KANAK MEMBACA
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
1. Jadikan membaca satu tabiat.
Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca
dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu
perkataan ke satu perkataan.
2. Bacakan buku yang sukai
kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat
cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya
pula.
3. Bacakan cerita dengan rentak
perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut."
Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak
anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
4. Bincangkan
perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya:
Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di
istana? Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan
cerita berkenaan.
BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 1/2 tahun
- Mula mengetahui dan
memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
- Belajar bahasa dengan
mengumpul perkataan.
- Kaedah belajar ialah
melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
- Rangsangan membaca
ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan
berwarna-warni.
- Kosa kata berkembang sehingga 270.
2 1/2 tahun hingga 4 1/2 tahun
·
- Peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
- Terbentuk satu unit
bahasa dalam otak secara berasingan.
- Perkembangan bahasa
akan membantu perkembangan mental dan sosial.
- Kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf
bersama gambar.
- Pada peringkat ini,
kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
- Bersabar semasa
membimbing anak-anak mereka.
- Mampu
mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 1/2 tahun hingga 7 tahun
- Perkembangan otak
memasuki fasa terakhir.
- Kanak-kanak sudah
menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan
dan suka bertanya serta melihat gambar.
- Corak pengajaran
ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi
binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan
daya pendengaran mereka.
- Mampu mengingat
sehingga melebihi 4500 kosa kata.
- Walau
bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur
semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami
tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
BUKU CERITA UNTUK KANAK-KANAK
Buku cerita Bahasa Inggeris.
1.Little Girafes(book ideas)
Buku Bahasa Melayu.
1.Aras Mega.
No comments:
Post a Comment