Followers

Tuesday, March 6, 2012

Crayola.

Crayola




Laman web rasmi crayola laman ini mempunyai  halaman mewarna, idea kraf, rancangan pengajaran dan permainan untuk semua peringkat umur kanak-kanak 
    yang percuma.
Crayola mempunyai 7 laman web yang sangat berguna untuk ibu bapa, guru-guru mahupun kanak-kanak.
  •   Coloring pages
  •   Story studio
  •   Crayola creativity central
  •   Crafts
  •   Crayola for educators
  •   Crayola creative fub and games
  •   Product
                       COLORING PAGES



Crayola.com ini mempunyai  lebih 1,000 halaman mewarna  yang boleh digunakan. Apa yang menarik lagi dalam laman web ini, halaman mewarna yang baru akan di tambah setiap bulan. Banyak kategori  ataupun tema yang disediakan. Antaranya ialah:

  • Animals
  • Cars, trucks, and other vehicles.
  • Disney
  • First pages for young colorers
  • Holidays


  • Ini merupakan contoh yang kami printscreen daripada laman web tersebut. Halaman diatas bertemakan haiwan.
  • Bahan-bahan tersebut boleh dicetak dan dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

 Banyak lagi tema atau kategori yang terdapat dalam laman web ini. Lagi menarik untuk kanak-kanak.


 ‘CREATE DAN COLOR’.

  •  Cipta dan color ini merupakan aktiviti membuat halaman aktiviti mewarna anda sendiri.
  • Aktiviti ini sangat menarik untuk kanak-kanak. Melalui aktiviti ini kanak-kanak boleh berimaginasi untuk mencipta sesuatu yang baru. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menunjukkan kreativiti masing-masing dalam mencipta lukisan online. 
  • Hasil lukisan kerja kanak-kanak boleh dicetak dan dijadikan sebagai peransang untuk kanak-kanak mencuba sesuatu yang baru lagi.

STORY STUDIO
 
Laman web ini juga terdapat activiti studio. Activity studio ini mestilah daftar  dahulu. Tetapi untuk pengetahuan semua pendaftaran ini percuma sahaja.Pelbagai aktiviti juga terdapat dalam activity studio ini. Lagi menarik dan lagi mencabar untuk kanak-kanak.


Story video ini merupakan aktiviti untuk mencipta cerita untuk tatapan sendiri dan menggunakan maklumat yang ada untk mencipta watak kegemaran yang di kehendaki.

Antara langkah-langkah untuk mereka cerita ialah:
·        Pilih versi kehendak masing-masing
·        Daftar masuk dan masukkan juga kod untuk mengakses
·        Kemudian cipta watak dan cerita tersendiri
·        Langkah terakhir ialah pengguna boleh cetak dan warnakan cerita yang direka tersebut.

CRAYOLA CREATIVITY CENTRAL

 Crayola creativity central merupakan suatu laman yang mempunyai permainan yeng bertemakan warna. sangat menarik untuk kanak-kanak. Aktiviti ini megikut tahap jadi ibu bapa perlu memilih yang terbaik untuk kanak-kanak.



Permainan dalam laman ini merupakan permainan yang bertemakan warna. Warna dititik beratkan dan yang menariknya laman web ini berwarna warni dengan pelbagai warna.

                   CRAFTS



Aktiviti yang berpendidikan sangat banyak dalam laman web ini dan bertema. Salah satunya aktiviti membuat kraf Bermcam-macam kraf yang boleh didapati.  Kraf ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dilakukan dan terdapat juga rancangan mengajar atau arahan-arahan untuk membuat aktiviti kraf ini.




Ini merupakan salah satu aktiviti kraf mudah untuk kanak-kanak.  Disini disediakan langkah demi langkah untuk melakukan  aktiviti ini. Kraf ini bersesuaian dengan kanak-kanak dan juga memudahkan guru membuat rancangan pengajaran harian kepada kanak-kanak.
 

        CRAYOLA FOR EDUCATORS




Laman web crayola ini juga bukan sahaja disediakan untuk kanak-kanak tetapi ada juga halaman yang disediakan untuk guru-guru.  Halaman ini juga terdapat rancangan pengajaran dalam bahan-bahan yang disediakan dan bermacam-macam lagi.
  • Ini merupakan salah satu rancangan pengajaran yang terdapat dalam laman ini.

CRAYOLA CREATIVE FUB AND GAMES




Sesetengah permainan ini perlu didaftarkan  dan juga perlu dilanggan. Walaupun perlu dilanggan tetapi itu tidak menjadi masalah kerana dalam laman ini mempunyai banyak sangat idea-idea yang dapat mengembangkan pengalaman kanak-kanak.
 
                                                             PRODUCT


                                                
 Product merupakan laman yang menyediakan maklumat mengenai pembelian permainan secara online. Dalam laman ini terdapat maklumat tentang dimana untuk membeli permainan tersebut, kedai-kedai online yang berkaitan dengan laman ini, produk untuk pembelajaran dan lain-lain lagi.

   Kebaikan
Crayola merupakan satu aktiviti mewarna secara online. Ini direka khas untuk untuk kanak-kanak bagi memperkembangkan kemahiran motor halus mereka. Croyala ini bukan sahaja mempunyai aktiviti mewarna tetapi terdapat juga video yang menarik dan bersesuaian dengan kanak-kanak. Selain itu juga, crayola  ini menyediakan idea untuk ibu bapa dan para pendidik bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak ini. Banyak bahan-bahan pengajaran yang boleh didapati dalam laman sesawang ini. Antara nya ialah worksheet yang mempunyai pelbagai tema , video, dan idea mengenai kraf. Antara kebaikan crayola ini ialah ibu bapa atau pendidik tidak perlu membuang masa dengan membuat flash card kepada kanak-kanak. Ibu bapa boleh memperkenalkan sesuatu benda kepada kanak-kanak dengan menggunakaan laman sesawang ini.  Selain itu juga, laman sesawang ini juga boleh membantu ibu bapa menjimatkan masa mengemas rumah. Ibu bapa atau guru hanya perlu mengajar kanak-kanak dan membantu mereka dalam membuat aktiviti mewarna ini.

Keburukan
Aktiviti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak tetapi ada juga kelemahan mengenai laman web ini. Aktiviti di dalam laman web ini sangat banyak jadi ibu bapa atau guru perlu  menganalisis dahulu aktiviti mana yang terbaek mengikut kesesuaian umur kanak-kanak. Selain itu juga, ibu bapa atau perlu meluangkan masa untuk bersama kanak-kanak kerana arahan yang disediakan agak sukar untuk kanak-kanak faham.   Tambahan lagi ayat arahan di dalam laman web ini  dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak boleh  bermain aktiviti ini dengan bimbingan ibu bapa atau guru-guru.

No comments:

Post a Comment