Followers

Tuesday, March 6, 2012

Ziggity zoom.

Ziggityzoom.


Ziggity Zoom merupakan website untuk kanak-kanak pra sekolah, website ini lebih kepada mencetus atau merangsang ke arah imaginasi kanak-kanak. Laman Web Ziggity Zoom ini mempunyai banyak ilmu pengetahuan serta perkara baru yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mempelajari serta mengaplikasikan ilmu yang terdapat di laman web ini, contohnya kanak-kanak dapat mengikut cara-cara membuat kraf mudah bagi kanak-kanak prasekolah, dengan ini jikalau kita beri kanak-kanak apa jenis bahan pun mereka cepat dan pantas menjadi kreatif. Selain itu laman ini terdapat unsur-unsur yang menarik perhatian kanak-kanak untuk melibatkan diri seperti mewarna secara online. Permainan di web ini, membantu kanak-kanak bermain dan mencapai permainan mudah yang disediakan khas untuk kanak-kanak prasekolah. Dalam halaman mewarna pula terdapat pelbagai gambar yang menyeronokkan dan boleh di cetak ataupun mencetaknya dahulu gambaran tersebut dan mewarnainya dengan menggunakan warna pensel atau krayon sendiri.Di dalam laman web ini terdapat beberapa kategori seperti :
                         1.      Keluarga (Family)- Terdapat pelbagai panduan untuk ibu bapa membantu perkembangan kanak-kanak.Antaranya ialah panduan membantu kanak-kanak membina hubungan persaudaraan yang baik.
                         2.      Seni Kreatif (Craft)- Terdapat pelbagai kraftangan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.Antaranya seperti seni kolaj,menjahit dompet mini dan pelbagai jenis kostum.
                         3.      Makanan (Food)- Terdapat lebih 80 jenis menu makanan yang sesuai dan menarik untuk kanak-kanak.Antaranya ialah keju panggang berbentuk hati dan sandwic berbentuk hati.
                         4.      Bahan Boleh Cetak (Printables)- Terdapat lebih 200 bahan yang bleh dicetak oleh kanak-kanak.Antaranya ialah bahan mewarna,lembaran kerja dan pembalut kek cawan.
                         5.      Pembelajaran (Learning)- Terdapat beberapa penerangan mengenai alat teknologi untuk kanak-kanak.Antaranya ialah kesan permainan video 3D terhadap penglihatan kanak-kanak,sebab kanak-kanak memerlukan teknologi dan permainan talian menarik yang sesuai untuk kanak-kanak.
Kategori lain yang terdapat dalam web kanak-kanak ini ialah :
                         6.      Teknologi (Tech)
                         7.      Kanak-Kanak (Kids)
                         8.      Aktiviti (Activities)
                         9.      Blog 
                        10.     Easter


Kelebihan laman web ini:
1. Kanak-kanak dapat meluangkan masa mereka di laman tanpa membuat sebarang kerja lain yang tidak memberi manfaat.
2. Kanak-kanak dapat mempelajari perkara baru atau ilmu pengetahuan yang baru.
3. Dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar.
4. Dapat mengajar kanak-kanak supaya berdisiplin.


Kelemahan laman web ini:
1. Menjadi ketagihan kepada kanak-kanak.
2. Boleh menjejaskan daya penglihatan kanak-kanak jika menggunakan pada masa yang agak lama.
3. Menjadikan kanak-kanak tidak bersosial dengan ibu bapa ketika di rumah mahupun guru di sekolah.
4. Mudah menyebabkan kanak-kanak menjadi obesiti kerana tiada senaman.

Kenapa ziggity games ini  pilihan  terbaik untuk kanak-kanak??
 Di laman ini terdapat banyak perkara dan keistimewaan untuk kanak-kanak mempelajarinya. Selain itu juga, ia membantu guru-guru atau bakal guru menjadikan laman web ini sebagai bahan mengajar.
Ziggity Games ini direka khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa untuk menggalakkan  kreativiti, pembacaan dan juga meningkatkan imaginasi kanak-kanak dalam usia yang muda. Misi utama mereka ialah untuk menggalakan kanak-kanak untuk belajar, menjadi kreatif, aktif dan seterusnya menerapkan nilai-nilai kekeluargaan supaya kanak-kanak dapat  menjalani gaya hidup yang sihat.

Pengasuh boleh menjadikan laman web Ziggity Games ini sebagai pembelajaran sambil bermain. Ini kerana terdapat beberapa pembelajaran yang boleh anda layari antaranya:

KIDS ONLINE GAMES ( games online untuk kanak-kanak)
Kanak-kanak pasti akan menyukai permainan-permainan ini. Mereka akan berasa seronok dan berkongsi pengalaman bersama-sama kawan-kawan yang lain. Dengan ini, dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak antara satu sama lain.
Selain itu sukatan pemakanan  untuk kanak-kanak juga disediakan dalam panduan ke 3 iaitu  makanan.
KEBAIKANNYA
·         Sukatan pemakan ini mengikut kesesuaian untuk peringkat kanak-kanak. Ibubapa boleh menggunakan panduan sukatan pemakanan ini untuk anak-anak mereka. Terdapat pelbagai lagi sukatan pemakan yang terdapat didalam website ini untuk dijadikan panduan untuk semua ibubapa. 
  • Terdapat beberapa bahagian seperti food, coloring, craft dan banyak lagi. 
  • Ibu bapa dan guru boleh mempelajari menu yang menarik sebagai aktiviti tambahan untuk kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment