Followers

Friday, March 9, 2012

Permainan Online 2-Moshi Monster.

Moshi Monster.(http://www.moshimonsters.com)


Permainan ini adalah Moshi Monsters.Bagi yang ingin bermain permainan ini,harus mendaftar dahulu dan ia percuma.Pemainan ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai karakter yang comel dan berwarna warni.Selain itu,terdapat banyak permainan lain di dalam permainan ini dan ia terletak di peta iaitu di Moshi Fun Park.Antara permainan tersebut ialah Home Sheep Home,Rotobo,Kid Bike dan Chickaboom.Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan ia memerlukan panduan daripada orang dewasa.Terdapat kebaikan dan keburukan yang akan diperolehi kanak-kanak yang bermain permainan ini.

CARA BERMAIN.

  • Pertama sekali,kanak-kanak haruslah mendaftar dahulu.Pendaftaran haruslah menggunakan e-mail.Orang dewasa berperanan membantu kanak-kanak.
  • Selepas mendaftar,lakukan arahan yang telah diberitahu.
  • Kanak-kanak perlu memelihara haiwan tersebut di samping mengembara dan meneroka permainan ini.

KEBAIKAN.

  • Permainan ini dapat membantu kanak-kanak memupuk kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
  • Permainan ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan daya imaginasi dan kreatif mereka.
  • Permainan ini lebih menggunakan bahasa Inggeris dan ia dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.
  • Terdapat pelbagai permainan di dalam permainan ini seperti teka-teki,mengira dan sebagainya.Ia akan membantu perkembangan emosi,bahasa,intelek,rohani dan kreatif kanak-kanak.
KEBURUKAN.

  • Kanak-kanak perlu mengklik banyak bahagian untuk meneroka dan mengetahui langkah seterusnya.Perkara ini mungkin akan menyebabkan kanak-kanak keliru.
  • Permainan ini memerlukan masa yang sangat lama untuk menyelesaikannya dan ia akan menyebabkan kanak-kanak mudah lalai.
  • Cara permainan ini agak rumit untuk diselesaikan.Panduan daripada orang dewasa amat diperlukan.
  • Kanak-kanak akan kurang bersosial dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment