Followers

Tuesday, March 6, 2012

PBS Kids

PBS Kids.


Ayuh kita bersama-sama mengenali laman web ini. PBS Kids adalah satu rangkaian televisyen yang berasingan. PBS Kids diasaskan pada tahu 1999 dan disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur 3 hingga 8 tahun. Selama enam tahun, sebahagian besar siaran PBS Kids ini dibiayai oleh DIRECTV. Setelah pada itu, siaran ini tidak lagi disiarkan bermula 26 September 2005. Di dalam laman PBS Kids, terdapat lagi dua laman yang berkaitan iaitu PBS Kids Go! dan PBS Kids Preschool Block.

Berikut merupakan program-program PBS Kids yang sedang bersiaran di stesen televisyen PBS dan dalam talian (online).

§  Angelina Ballerina: The Next Steps (2009–present)
§  Arthur (1996–present)
§  Barney & Friends (1992–present; )
§  Curious George (2006–present)
§  Dinosaur Train (2009–present)
§  Fizzy's Lunch Lab (online only)
§  Franny's Feet (2006–present)
§  Mama Mirabelle's Home Movies (2006–present)
§  Martha Speaks (2008–present)
§  Sesame Street (1969–present)
§  Sid the Science Kid (2008–present)
§  Super Why! (2007–present)
§  Thomas and Friends (1984–present)
§  WordGirl (2007–present)
§  WordWorld (2007–present)
§  The Electric Company (2009–present)

Jom kita meneroka PBS Kids!


PBS Kids mempunyai banyak aktiviti yang menarik minat kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat umur yang disasarkan. Untuk menu, Laman PBS Kids banyak menggunakan bunyi dan gambar berbanding tulisan. Kanak-kanak akan lebih tertarik dengan pendekatan yang digunakan. Gambar-gambar karton digunakan adalah bagi menarik minat kanak-kanak untuk meneroka laman ini. Begitu juga dengan bunyi yang digunakan. Bunyi akan kedengaran jika kanak-kanak halakan tetikus pada gambar tersebut. kanak-kanak akan selalu halakan tetikus pada gambar untuk mendengar bunyi yang dihasilkan.

MENU

Menu yang terdapat dalam laman ini adalah:-
1.       1.   butang ini adalah untuk kembali ke laman utama.







2.  Ketiga-tiga butang ini mempunyai kandungan yang lebih kurang sama.

                                                                                                                                                          
                         


       Senarai kandungan yang terdapat dalam gambar yang pertama ialah :-

Untuk gambar yang kedua:-

                                                                                                                     
Dan gambar yang terakhir:-

            














Apa yang ada dalam kandungan-kandungan tersebut??
Ok,,dibawah ada menunjukkan satu per satu kandungannya tetapi bukan semua menu. Menu yang dipilih ialah menu kedua, iaitu Sesame Street!

                     
Kandungan yang terdapat dalam menu ini adalah Games, Videos, Printables, E-cards dan Fairy Treasure Hunt.
                       i.            Games

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang menarik, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. contohnya, Telly’s Shape Garden. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak boleh mengenal bentuk-bentuk asas seperti segi empat, segi tiga dan bulat. Kanak-kanak juga akan diminta mengikut arahan untuk menanam biji benih menyiram pokok. Kanak-kanak akan ditrangkan mengenai bentuk-bentuk tersebut.

                      ii.            Videos

Di sini kamu akan jumpa beberapa video pendek untuk tontonan. Video-video ini sesuai untuk kanak-kanak yang baru ingin mula mengenal bahasa, jenis-jenis bentuk, dan lain-lain lagi.

                    iii.            Printables

Dalam Printables, terdapat lagi 3 bahagian iaitu coloring pages, bookmarks dan activities. Ketiga-tiga bahagian ini adalah untuk dicetak.
Contoh coloring pages:-

Dalam coloring pages, terdapat bermacam-macam jenis gambar untuk diwarnakan. Ada juga gambar yang memerlukan kanak-kanak untuk menyambungkan titik-titik dan seterusnya mewarna gambar tersebut.

Contoh Bookmarks:-
 Kata-kata dalam bookmarks ini sangat bagus untuk simpanan kanak-kanak.

Contoh Activities:-
Untuk bahagian Activities pula, banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan bagus untuk kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat dalam bahagian ini ialah aktiviti menggunting, aktiviti melukis dan banyak lagi.

                   iv.            E-cards

Dalam bahagian ini, kanak-kanak dapat belajar cara-cara untuk membuat kad ucapan. Dalam E-cards ini terdapat 5 bahagian iaitu Occasion, art, greeting, background dan send. Occasion disediakan untuk memilih tema bagi kad ucapan. Art pula disediakan untuk kanak-kanak memilih gambar yang sesuai untuk diletakkan dalam kad ucapan.


Setelah selesai memilih gambar, kanak-kanak diminta untuk memilih kata-kata ucapan.


Setelah itu, kanak-kanak akan memilih latar belakang yang sesuai.


Setelah selesai memilih latar belakang, kanak-kanak akan diminta untuk menekan butang send.

Selesai!

                     v.            Fairy Treasure Hunt

Laman ini disediakan untuk kanak-kanak mencari barang yang tersembunyi.

3      3.  Butang ini disediakan untuk kanak-kanak melihat video-video yang disediakan.



4   4.  Butang ini pula disediakan untuk kanak-kanak memilih permainan untuk bermain. 
         Contoh  permainan yang terdapat ialah puzzle dan sebagainya.




5.  All Show. Butang ini adalah untuk siaran kanak-kanak.
jika kanak-kanak halakan tetikus pada gambar Barney seperti dalam gambar diatas, bunyi yang akan kedengaran adalah “Barney and Friends”. Begitu juga dengan gambar-gambar yang lain.

     6.  Go! merupakan butang untuk more videos and games.

Kanak-kanak klik butang Go! apabila ingin bermain lebih banyak permainan atau untuk menonton video-video yang lain.

                
Untuk lebih memahami PBS Kids, sila layari laman web yang berkenaan.


KEBAIKAN
  • Mempunyai banyak gambar-gambar yang menarik.
  • Dapat membantu perkembangan literasi kanak-kanak dengan bunyi menarik yang terdapat dalam laman ini.
  • Sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak mempunyai banyak tulisan yang hanya dapat membosankan kanak-kanak. Dengan adanya banyak gambar-gambar menarik, kanak-kanak lebih gembira dan berminat.
  • Boleh mencetak aktiviti-aktiviti yang diminati.
  • Terdapat siaran-siaran televisyen dan dalam talian (online) yang berfaedah dan berguna kepada kanak-kanak.
  • Aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak


KEBURUKAN
  • Kanak-kanak akan keliru kerana terlalu banyak gambar.
  • Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik, kanak-kanak akan lebih tertumpu pada komputer dan akan kurang bersosial.
  • Gambar aktiviti kurang jelas.




1 comment: