Followers

Friday, March 9, 2012

Permainan Online 1- Help Tumtum Find His Spaceship.

Help tumtum find his spaceship(http://www.ziggityzoom.com/games/help-tumtum-find-his-spaceship)





Permainan ini merupakan permainan yang terdapat dalam ziggityzoom. permainan ini bukan bercirikan pendidikan tetapi permainan ini mempunyai kebaikan yang sama dengan permainan yang bercirikan pendidikan.

Cara main

  • Kanak-kanak harus menekan anak panah yang seperti ditunjukkan dalam gambar di atas. 
  • Anak panah tersebut mesti ditekan dengan betul untuk menggerakkan tumtum tersebut. jika salah tekan maka arah tersebut akan bertukar mengikut anak panah yang ditekan.
  • Tumtum meti ditekan dengan baik jangan biarkan tumtum terkena pagar sesat. tumtum tidak akan bergerak jika terlanggar pagar sesat.
  • Selepas itu fikirkan cara untuk mencari kapal angkasa Tumtum.

Kami merasakan permainan ini sesuai dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun keatas kerana mereka tahu strategi untuk mencari kapal angkasa bagi Tumtum.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Antara kebaikan permainan ini ialah:

  •  Kemahiran motor halus mereka sudah berkembang dengan baik dan  mustahil jika kanak-kanak tidak dapat menekan anak panah dengan betul. 
  • Kanak-kanak akan merasa gembira kerana permainan ini merupakan permainan  bebas dan tidak terikat dengan pendidikan.
  • Permainan ini tidak melemahkan semangat kanak-kanak untuk bermain. Contohnya, tiada perkataan 'YOU FAILED'.
  • Pagar sesat Tumtum ini tidak susah untuk kanak-kanak meneka jalan mana yang hendak dilalui

Antara keburukan pemainan ini:

  • Ibu bapa perlu pantau sekerap mungkin kerana permainan ini boleh membuat kanak-kanak leka.
  • Arah jalan pagar sesat kemungkinan sama sahaja.
  • Permainan ini tidak menggalakkan kanak-kanak bersosial. Contohnya seorang kanak-kanak pun mampu menyelesaikan pagar sesat ini untuk mencari kapal angkasa Tumtum.










No comments:

Post a Comment