Followers

Wednesday, March 7, 2012

Definisi ICT.

DEFINISI ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology’ yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh diiktiraf sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat.


Teknologi Maklumat(Information Technology)

Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melndungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat mengggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem datelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.


Definisi maklumat.

Menurut Paisley dan Chen (1982), dipetik daripada Brown (1997) ‘Information can be defined both structurally functionally. Structurally is a system on encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated. Functionally is a something that alters a person’s cognitive organisation’. Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberikan kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.  


Definisi komunikasi.

Komunikasi pula dirujuk sebagai ‘The Interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people’s understanding and knowledge (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information) manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf dan lain-lain.

Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang bermaksud ‘sangat jauh’. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak yang jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrif sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai betuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi pula membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas dalam waktu yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global.


Perkembangan Ict

Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman. Peringkat penyebaran meklumat adalah seperti berikut.

Peringkat pertama:
Maklumat dipindah dari seseorang kepada seseorang secara lisan. Dalam keadaan tertentu, lakaran atau lukisan dan binaan fizikal digunakan. Contohnya di Malaysia, beduk atau kntung dipalu untuk memberitahu penduduk sebuah kawasan mengenai waktu solat atau kematian di kawasan tersebut.

Peringkat kedua:
Maklumat dipindahkan dengan menulis atau melakar pada tanah liat, daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain menggunakan perantaraan haiwan atau manusia. Contohnya, burung merpati digunakan untuk menghantar mesej.

Peringkat ketiga:
Penciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat disebarkan kepada orang ramai di pelbagai tempat dengan kos yang murah. Teknologi percetakan memberi impak kepada pembangunan masyarakat terutamanya di Negara Barat.

Peringkat keempat:
Telekomunikasi di England bermula dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone (Low 2000). Ketika itu, telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan hanya digunakan oleh industri tertentu seperti pasaran saham, akhbar dan tentera. Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1875. Teknologi komunikasi terus berkembanga dengan pesat. Penggunaan media elektronik seperti tetuang udara (radio), televisyen dan telefon berjaa mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi digubal untuk meentukan kos penyimpanan dan pemindahan meklumat secara elektronik. Pada peringkat ini kebanyakan maklumat elektronik (kecuali telefon) memindahkan atau memancarkan maklumat secara satu hala sahaja. Maklumat ini terletak pada tangan para penyiar, wartawan dan juga para pengiklan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam.

Peringkat kelima:
Teknologi media elektronik dan komputer  digital bergabung untuk membentuk komunikasi komputer. Teknologi gabungan ini berjaya menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos. Dapat dirumuskan bahawa pembangunan teknologi maklumat berjaya mengubah hubungan antara tiga dimensi iaitu masa (kepantasan menghantar aau menerima maklumat), ruang (berapa jarak jauh yang boleh anda hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu) dan kos (berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima maklumat).

Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:

Teknologi sensing:
la yang membantu pengumpulan data. Contohnya pengibas imej, pembaca kod palang dan sensor. Teknologi sensing membantu anda melihat, menggambar dan mengumpul maklumat dari persekitaran.

Teknologi komunikasi:
Teknologi komunikasi menjalinkan sensing, analisis dan teknologi paparan. Contohnya, faksimili, telefon selular, rangakaian komputer dan modem.

Teknologi analisis:
Komputer mangambil data dari sensing dan komunikasi. Data ni disimpan dan diproses untuk memperoleh maklumat yang berguna. Contohnya, perkakasan dan perisian komputer.

Teknologi paparan:
Alat dan perisian yang membolehkan data yang diproses sampai kepada pengguna sama ada melalui penglihatan atau suara. Teknologi paparan membentuk antara muka atau menjadi penghubung diantara sensing, komunikasi san teknologi analisis. Contohnya, LCD, pencetak dan lain-lain.


Kepentingan ICT

*   Untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer, ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan penggerak.

*   Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

* Untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
.

No comments:

Post a Comment